FUNGSI
FUNGSI PEJABAT DAERAH BALING
UNIT PENTADBIRAN
- Memastikan pengutipan hasil kerajaan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
- Memastikan pengeluaran lesen dan penguatkuasaan undang-undang di bawah akta yang terletak di bawah undang-undang kuasa pejabat daerah dilaksanakan dengan sewajarnya
UNIT PEMBANGUNAN
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat hingga ke peringkat yang maksima dalam mencapai wawasan Negara.
- Meningkatkan usaha untuk memperbaiki dan meninggikan taraf hidup penduduk luar Bandar terutama dalam membasmi kemiskinan.
FUNGSI PEJABAT TANAH BALING
- Merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
- Menyediakan maklumat mengenai kegunaan dan pemilikan tanah.
- Menguruskan proses pengurniaan dan pembangunan tanah serta urusniaga seperti gadaian, hakmilik, pajakan dan proses bukan urusniaga seperti kaveat, ubahsyarat, perizaban perintah mahkamah dan sebagainya.
- Mengawal dan merancang hasil melalui cukai tanah, lesen pendudukan sementara, permit bahan batuan, denda premium, urusniaga atau bukan urusniaga dan sebagainya.
- Melaksanakan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang tanah berdasarkan perundangan sedia ada.