MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) DAERAH KULIM BILANGAN – 9 TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) DAERAH KULIM BILANGAN – 9 TAHUN 2026

 

KULIM, 21 September 2026 (Isnin) – Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Daerah Kulim, Bilangan 9, Tahun 2026, yang berlangsung pada jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah wakil YB Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu, wakil YB ADUN Merbau Pulas, wakil YB ADUN Kulim, YB ADUN Lunas, serta para Ketua Jabatan dan wakil agensi kerajaan di peringkat Daerah Kulim, termasuk MPKK, PBT Hi-Tech Kulim, PDRM, JKR, JPS, JKM, PKD dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang lain.Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membincangkan dan menyelaras pelaksanaan pembangunan serta isu-isu berkaitan kemajuan Daerah Kulim, demi memastikan agenda pembangunan daerah dapat dilaksanakan secara berkesan dan berimpak tinggi.Mesyuarat yang diadakan pada hari ini telah berlangsung dengan lancar dan sempurna.Semoga segala keputusan dan ketetapan yang dipersetujui dapat direalisasikan dengan jayanya, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan masyarakat serta pembangunan daerah yang mampan, di samping menyokong agenda Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
advanced-floating-content-close-btn