JELAJAH MASJID BERSAMA PEGAWAI DAERAH KULIM SIRI KE – 21
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 08 Mei 2026 – Jelajah Masjid Pegawai Daerah Kulim Siri Ke-21 diteruskan ke Mukim Keladi yang dimulakan dengan Solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Taman Selasih, Kulim.Program diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid, di samping penyampaian sedikit sumbangan kepada kanak-kanak. Rombongan turut dibawa oleh masyarakat setempat melawat beberapa lokasi sekitar kawasan Mukim Keladi bagi tujuan penambahbaikan dan pembangunan komuniti setempat.Turut hadir bersama dalam program ini ialah Encik Mohd Afzal bin Ghazali, Penghulu Mukim Keladi serta beberapa kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Imam, seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid serta masyarakat setempat yang sudi menerima kunjungan kami pada hari ini. Semoga ukhuwah dan hubungan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan serta sentiasa dirahmati Allah SWT.






Views Today : 2147
Total views : 4476947



