KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA KEDAH DAN MENTERI BESAR KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-HUDA, KAMPUNG ALOR PUDAK, MUKIM TOBIAR, DAERAH PENDANG
PENDANG 01 JANUARI 2021 – Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Huda, Kampung Alor Pudak di sini, hari ini.
Keberangkatan DYTM Raja Muda ke masjid berkenaan disambut oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor. Hadir bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md. Daud dan Pegawai Daerah Pendang, Tuan Ilias bin Shuib.