PROGRAM JALINAN MESRA

PROGRAM JALINAN MESRA

BUKIT KAYU HITAM 24 Dis– Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu dan Tabung Darah HSB telah mengadakan “Program Jalinan Mesra” pada 24 Disember 2020 (Khamis) bertempat di Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam. Antara aktiviti yang diadakan adalah Gotong-royong membersihkan kawasan masjid, Kaunter Bergerak Kutipan Hasil Tanah, Soal Jawab Tanah serta Tabung Derma Darah.