Kempen “White Challenge” Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke 38 Tahun 2021

Kempen “White Challenge” Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke 38 Tahun 2021

BANDAR BAHARU – 25 FEBRUARI 2021

Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Encik Muhammad Alif Bin Ismail bersama-sama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu menzahirkan sokongan terhadap usaha murni berterusan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam menangani dan membanteras masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dengan menyertai Kempen “White Challenge”.
Semua warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang terlibat dalam pembikinan Video Kempen “White Challenge” ini berpakaian putih sebagai simbolik bersih daripada terjerumus dengan najis dadah.
Penyertaan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dalam kempen “White Challenge” ini membuktikan komitmen tinggi, iltizam jitu serta sokongan padu kepada AADK dalam memerangi penyalahgunaan dadah dan semoga mampu memberikan impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman yang dicintai.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang