Penyampaian Sumbangan Bantuan Bencana di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF)

Penyampaian Sumbangan Bantuan Bencana di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF)

BANDAR BAHARU – 25 Februari 2021 (Khamis)

Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK menyampaikan sumbangan bantuan bencana kepada mangsa bencana kebakaran rumah iaitu Encik Ku Badrul Shah bin Ku Aziz yang juga merupakan salah seorang kakitangan KIDAF Lubok Buntar.
Semoga kehadiran Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan moral kepada mangsa dan keluarga agar sabar dan tabah menghadapi ujian tersebut.
Turut hadir bersama ialah Mudir KIDAF, Ustaz Jafri bin Abu Bakar dan Penghulu Mukim Bagan Samak.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang