KENYATAAN MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE DAERAH BANDAR BAHARU

KENYATAAN MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE DAERAH BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU – 21 FEBRUARI 2021

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor di Daerah Bandar Baharu yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Gred G1, Kategori CE, Pengkhususan CE21 serta telah berdaftar dengan Aplikasi iDAFTAR mulai 17 Januari 2021 untuk menyertai tawaran berikut :-
MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE FASA 1 NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2021
Majlis Cabutan Kerja Undi Secara Online Fasa 1 Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2021 akan diadakan pada 28 Februari 2021 dan 1 Mac 2021 bertempat di Dewan Perbendaharaan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Aras 3, Blok E, Wisma Darul Aman.
Bagi kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar dan membuat bayaran melalui Sistem Pendaftaran Kontraktor / Pembekal / Firma Perunding secara atas talian (Aplikasi iDAFTAR) adalah layak untuk memasuki kerja undi ini.
Anda diminta untuk log masuk ke dalam Aplikasi iDAFTAR dan pilih butang “KERJA UNDI” mulai 23 Februari 2021, jam 12.01 Pagi hingga 11.59 Malam dan bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM10.00.
Mana-mana kontraktor yang belum berdaftar dengan Aplikasi iDAFTAR hendaklah mendaftar terlebih dahulu melalui url: https://idaftar.kedah.gov.my.
Sila rujuk Panduan Pengguna terlebih dahulu dengan teliti sebelum mendaftar.
Tarikh dan masa cabutan undi bagi Daerah Bandar Baharu adalah pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 01 Mac 2021(Isnin)
Masa : 11.00 Pagi
Tempat/ URL : Facebook WARTA KEDAH melalui url:
https://www.facebook.com/umkkedah
Senarai Kerja Undi dan syarat kelayakan adalah seperti di Lampiran.