Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (FGD) Daerah Bandar Baharu Bil. 2/2021.

Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (FGD) Daerah Bandar Baharu Bil. 2/2021.

BANDAR BAHARU – 23 Februari 2021 (Selasa)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua-ketua / wakil Jabatan / Agensi dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
Ahli-ahli Mesyuarat dibentangkan berkenaan Program-program Lampu Jalan Kampung (LJK), Rebate Bil TNB kepada peserta berdaftar e-Kasih dan Baiti Jannati yang disediakan oleh pihak TNB Kulim / Bandar Baharu yang memberi manfaat dan kemudahan kepada masyarakat setempat yang memerlukan.
Selain itu, ahli-ahli Mesyuarat juga mengambil maklum dan memperakukan Laporan Permohonan e-Kasih yang dibentangkan oleh Penghulu-penghulu Mukim dan memperakukan Senarai Permohonan Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar PPKB KPKT oleh Majlis Daerah Bandar Baharu untuk pertimbangan dan kelulusan oleh KPKT.
Turut dibentangkan berkenaan laporan pelaksanaan program-program bantuan oleh pelbagai jabatan / agensi berkaitan termasuklah Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Agama Daerah, Pejabat Zakat Daerah, JKM, NCIA, KPLB , KEDA dan Giat MARA.
Mesyuarat turut mengambil maklum dan bersetuju dengan Cadangan Inisiatif Pemerkasaan Wanita : SKUAD WAJA oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kedah untuk dilaksanakan di Daerah Bandar Baharu.
Selain itu, Mesyuarat juga bersetuju agar program-program bantuan seperti Program Anakku Sejahtera 2021, mySalam, I-SURI, KIDA dan Bakul Makanan diteruskan dan dipertingkatkan demi memenuhi keperluan golongan sasaran di Daerah Bandar Baharu.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang