KUNJUNGAN HORMAT KETUA RETAIL NEGERI KEDAH, TENAGA NASIONAL BERHAD(TNB) BERSAMA PEGAWAI DAERAH PENDANG

KUNJUNGAN HORMAT KETUA RETAIL NEGERI KEDAH, TENAGA NASIONAL BERHAD(TNB) BERSAMA PEGAWAI DAERAH PENDANG

16 JANUARI 2023 (ISNIN)
KUNJUNGAN HORMAT KETUA RETAIL NEGERI KEDAH, TENAGA NASIONAL BERHAD(TNB) BERSAMA PEGAWAI DAERAH PENDANG
Tuan Pegawai Daerah Pendang, Tuan Nasrun Bin Dato’ Mohd Sheriff, telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Retail Negeri Kedah Tenaga Nasional Berhad iaitu Encik Ahmad Fadhli bin Aziz di Pejabat Daerah dan Tanah Pendang di sini, hari ini.
Turut hadir Puan Noor Iriani binti Abdullah, Lead (State Retail Stakeholder management- kedah), Encik Ammar Shazwan Ishak, Pegawai State Retail, Encik Zakaria Yaakob, Pegawai State Retail dan Puan Noor Najah binti Hj Husin, Pegawai Perhubungan Awam Daerah Pendang.
Pertemuan ringkas ini bertujuan sesi suaikenal serta bertukar-tukar pandangan berkenaan perkhidmatan kepada pengguna TNB di daerah Pendang.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara Pejabat Daerah dan Tanah Pendang Dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).