WATIKAH PENTAULIAHAN PEGAWAI DAERAH OLEH SULTAN KEDAH

WATIKAH PENTAULIAHAN PEGAWAI DAERAH OLEH SULTAN KEDAH

Istana Anak Bukit Alor Setar.

Majlis penyampaian Watikah Pentauliahan Pegawai Daerah Negeri Kedah telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit. Tahniah!  kepada Tuan Ilias Bin Shuib, Pegawai Daerah Kuala Muda menerima Watikah Tauliah Pegawai Daerah Negeri Kedah Darul Aman yang diadakan bagi mengiktiraf dan memperkenalkan Pegawai Daerah di negeri Kedah.