KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU-13 DISEMBER 2020 (AHAD)
Kursus Pengurusan Jenazah anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Fateh, Serdang.
Program ini dirasmikan oleh Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu). Turut hadir semasa Majlis Perasmian kursus tersebut ialah Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa ilmu pengurusan jenazah merupakan salah satu cabang ilmu fardhu kifayah yang sangat penting untuk dipelajari dan boleh dipraktikkan seandainya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain untuk menguruskannya pada bila-bila masa.
Kursus ini merupakan program penutup tirai PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2020.
Seramai 20 orang ahli PUSPANITA Bandar Baharu telah menghadiri kursus ini termasuklah Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) selaku Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah kursus, Ustazah Norhayati bt Hj. Masjuri di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada semua para peserta kursus. Semua peserta memperoleh sijil penyertaan yang disampaikan oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Semoga semua peserta yang hadir memperolehi ilmu yang bermanfaat dan meningkatkan kefahaman masing-masing dalam aspek pengurusan jenazah khususnya wanita.
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu: