PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM DAN PERASMIAN JETI BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN NELAYAN DARAT DAERAH BANDAR BAHARU (PENADA)

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM DAN PERASMIAN JETI BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN NELAYAN DARAT DAERAH BANDAR BAHARU (PENADA)

BANDAR BAHARU-9 DISEMBER 2020 (RABU)
Program Pelepasan Benih Udang Galah ke Perairan Umum dan Perasmian Jeti Bersama Persatuan Kebajikan Nelayan Darat Daerah Bandar Baharu (PENADA)
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama-sama YB Dato’ ADUN Bandar Baharu dan diiringi oleh Pengarah Perikanan Negeri Kedah dan Pengerusi PENADA telah menaiki bot bagi melepaskan 150 000 ekor benih udang galah di perairan umum Sungai Kerian berhampiran Jeti Nelayan Lubuk Buntar.
Usaha ini dibuat bagi memulihara dan mengekalkan spesis udang galah sebagai salah satu ikon dan identiti agro – pelancongan Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama ialah wakil Pegawai Perikanan Daerah Bandar Baharu, Penghulu Mukim Bagan Samak, Ustaz Mohd Khairi Haji Salleh dan Puan Mahazita Binti Md Hussain (Ahli-ahli Majlis MDBB), Ustaz Jafri bin Abu Bakar (Mudir KIDAF dan Tokoh Pendakwah), Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat MDBB serta ahli-ahli PENADA .
Program pada hari tersebut diakhiri dengan Majlis Perasmian Jeti Nelayan Lubuk Buntar oleh YB ADUN Bandar Baharu dengan disaksikan oleh semua tetamu jemputan dan ahli-ahli PENADA yang hadir.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang