LAWATAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DAN YTM TUNKU SULAIMAN KE MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

LAWATAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DAN YTM TUNKU SULAIMAN KE MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

KUALA MUDA, 05 Januari 2026 (Isnin) – Raja Muda Kedah Darul Aman Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin bersama anakanda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah telah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau khazanah sejarah serta warisan tamadun awal yang terdapat di Lembah Bujang, yang merupakan antara tapak tamadun tertua di Asia Tenggara. Sepanjang lawatan, DYTM Raja Muda Kedah dan YTM anakanda telah dibawa melawat Galeri Arkeologi Lembah Bujang, Galeri Sejarah Perdagangan Lembah Bujang, serta beberapa tapak percandian di sekitar kawasan muzium.

Tuanku turut berkenan menerima taklimat berkaitan penemuan arkeologi di Lembah Bujang, termasuk tinggalan candi, artifak perdagangan, serta bukti kewujudan tamadun awal yang pernah menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.

Turut hadir bersama dengan lawatan ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Yang Dipertua Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Ketua Polis Daerah Kuala Muda YDH ACP Hanyan Bin Ramlan, Pengarah Muzium Negeri Kedah En Suhardi Sukri, Pengarah MALB En Azhar Mohamed Noor, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan, Pegawai-Pegawai Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn