Lawatan ke Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Rimbunan Kasih di SMK Lubuk Buntar

Lawatan ke Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Rimbunan Kasih di SMK Lubuk Buntar

28 Julai 2020 (Selasa) – Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu meluangkan masa meninjau keadaan mangsa banjir yang menimpa penduduk Rimbunan Kasih.

Keseluruhan 30 keluarga ditempatkan di PPS tersebut. Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Penghulu Mukim Bagan Samak dan Petugas-petugas.

Terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat seperti APM Bandar Baharu, RELA Bandar Baharu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bandar Baharu, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, dan Majlis Daerah Bandar Baharu yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa berkenaan.