LAWATAN PEGAWAI DAERAH KULIM KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA MASJID AL – MUHTADIN MUKIM SUNGAI SELUANG
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 11 Mei 2026 – Pegawai Daerah Kulim hadir melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al-Muhtadin, Mukim Sungai Seluang, Kulim.Semasa lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan berjumpa, bertanyakan khabar serta beramah mesra bersama mangsa-mangsa yang terlibat bagi meninjau keadaan semasa dan keperluan mereka.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti MPKK, PDRM, JKM, JKN, APM, BOMBA, Pejabat DUN, para Penghulu, Sukarelawan, Ketua Kampung serta masyarakat setempat yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen terbaik dalam memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa sentiasa terpelihara.Semoga segala urusan dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.






Views Today : 2247
Total views : 4477047



