LAWATAN TAPAK PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA KE MASJID AL-WAJDI
KUALA MUDA, 28 Jun 2026 (Ahad) – Pada hari ini telah berlangsung lawatan tapak oleh Pegawai Daerah Kuala Muda ke Masjid Al-Wajdi bagi meninjau persiapan penganjuran Majlis Bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Lawatan ini bertujuan memastikan segala aspek persediaan dan penyelarasan program berada dalam keadaan teratur bagi menjamin kelancaran majlis yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai 2026 (Khamis).
Semoga majlis yang bakal diadakan ini berjalan dengan lancar serta menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah dan memupuk semangat kesyukuran dalam kalangan masyarakat.



Views Today : 1892
Total views : 4572600



