PEMERIKSAAN CADANGAN ANGGARAN BAJET JABATAN-JABATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2027
KUALA MUDA, 23 Jun 2026 (Selasa) – Sesi Pemeriksaan Cadangan Anggaran Bajet Jabatan-Jabatan Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2027 melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda telah selesai dilaksanakan pada hari ini.
Sesi pemeriksaan ini bertujuan meneliti dan menyemak cadangan anggaran hasil, perbelanjaan mengurus serta perbelanjaan pembangunan bagi memastikan perancangan kewangan jabatan adalah teratur, berhemah dan selaras dengan keperluan pembangunan negeri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan persediaan yang telah diberikan sepanjang sesi pemeriksaan berlangsung. Semoga segala perancangan yang dirangka dapat membantu memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam serta memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan Negeri Kedah Darul Aman.



Views Today : 2240
Total views : 4562344



