MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA

KUALA MUDA, 27 Jun 2025 (Jumaat) – Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Peringkat Daerah Kuala Muda telah diadakan di Masjid Safuan Pekan Jeniang Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Majlis ini diadakan sebagai menzahirkan rasa kasih, hormat dan taat setia rakyat Daerah Kuala Muda kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman sempena ulang tahun Hari Keputeraan Baginda dan memohon keberkatan, kesejahteraan, kesihatan yang baik dan panjang umur buat KDYMM Tuanku agar terus memerintah Negeri Kedah dengan adil, bijaksana dan dirahmati Allah SWT.
Selain itu juga, majlis ini mendoakan kesejahteraan negeri dan rakyat jelata, agar Negeri Kedah terus aman, makmur dan diberkati di bawah naungan pemerintahan Tuanku serta menjadikan majlis ini sebagai simbolik penghormatan dan kesetiaan peringkat daerah terhadap institusi diraja sebagai payung kedaulatan negeri dan rakyat.
Turut hadir bersama dengan majlis ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Polis Daerah Kuala Muda YDH ACP Tuan Hanyan Bin Ramlan, Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda YBrs Tuan Syeikh Mohammad Ammar Najdi Bin Mohamad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En Abdullah Sanie Bin Adnan, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En Muhd Hairee Bin Mohkatar, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn