Majlis Pelancaran Pelan Operasi Latihan (2021-2025) “Training Road Map” dan Portal Kit Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman

Majlis Pelancaran Pelan Operasi Latihan (2021-2025) “Training Road Map” dan Portal Kit Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman

BANDAR BAHARU – 18 Mac 2021 (Khamis)

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Pelan Operasi Latihan (2021-2025) “Training Road Map” tersebut akan menjadi panduan kepada semua Ketua Jabatan dalam merencana latihan kepada kakitangan masing-masing. Turut dilancarkan Portal Kit Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman.
Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bersama-sama para kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu turut berkesempatan menyaksikan majlis pelancaran berkenaan yang dipancarkan secara langsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu melalui aplikasi Zoom.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kedah atas kejayaan menyediakan Pelan Operasi Latihan berkenaan dan Majlis Pelancaran yang telah berlangsung dengan jayanya dan lancar.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang