Majlis Pengurniaan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2021 Daerah Bandar Baharu.

Majlis Pengurniaan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2021 Daerah Bandar Baharu.

BANDAR BAHARU – 17 Mac 2021 (Rabu)

Majlis yang julung-julung kali diadakan di Daerah Bandar Baharu ini berlangsung di Bilik Gerakan, Majlis Daerah Bandar Baharu.
Majlis Pengurniaan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.
Penyerahan bantuan persekolahan yang berupa kelengkapan persekolahan dan sumbangan wang tunai ini disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah kepada 18 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dari semua enam mukim di Daerah Bandar Baharu.
Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Rosli bin Awang (Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah), YBhg. Tuan Haji Rosli bin Zainal (Pengurus Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah), YBhg. Tuan Haji Rohaizad bin Jaafar (Ketua Whip, Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu), Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Ahli-ahli Majlis MDBB, ketua-ketua / wakil jabatan berkaitan, Penghulu-Penghulu Mukim serta wakil PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua jabatan-jabatan berkaitan , seluruh warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu serta Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarah dan bermakna ini.
Junjung bukan sebarang junjung
Orang Melayu taatkan Sultan
Susila banyak adat pun banyak
Hujung bukan sebarang hujung
Bandar Baharu Kedah Selatan
Baung banyak udang galah pun banyak
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang