MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2021 DAERAH PADANG TERAP

MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2021 DAERAH PADANG TERAP

PADANG TERAP 25 MAC 2021- Majlis Pengurniaan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2021 Daerah Padang Terap telah diadakan pada 25 Mac 2021 (Khamis) Majlis yang julung kali diadakan di Daerah Padang Terap ini berlangsung di Ruang Legar Utama Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap dan Majlis Daerah Padang Terap. Majlis Pengurniaan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, YBhg. Datuk Md Shuhaime Bin Abd Rahman.
Penyerahan bantuan persekolahan yang berupa kelengkapan persekolahan dan sumbangan wang tunai ini disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah kepada 18 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dari mukim-mukim di Daerah ini.
Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Rosli bin Awang (Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah), Datin Siti Hajar Binti Said (Pengerusi PUSPANITA Daerah Padang Terap), YBhg. Tuan Ahmad Bashori Bin Rahim (Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap), YBhg. Tuan Haji Rosli Bin Zainal (Pengurus Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah), Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Padang Terap, Penghulu-Penghulu Mukim serta wakil PUSPANITA Daerah Padang Terap.
Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.
Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan-jabatan di dalam Daerah Padang Terap yang turut membantu, seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, Majlis Daerah Padang Terap serta PUSPANITA Daerah Padang Terap yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarah dan bermakna ini.