MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2021 DAERAH PENDANG

MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2021 DAERAH PENDANG

PENDANG – 24 MAC 2021, Majlis Pengurniaan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Pendang, Tuan Ilias bin Shuib, AMK., BCK.

Penyerahan bantuan persekolahan yang berupa kelengkapan persekolahan dan sumbangan wang tunai ini disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah kepada 18 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dari semua enam mukim di Daerah Pendang.

Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Rosli bin Awang (Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah), YBhg. Tuan Haji Rosli bin Zainal (Pengurus Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah), YDH DSP Arriz Sham bin Hamezah, Ketua Polis Daerah Pendang, Tuan Syeikh Mohd Sayuthi bin Abdullah, BCK, Pegawai Agama Daerah Pendang, Puan Rizawati binti Mohamad@Ramli, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Encik Mohd Zhafri bin Haji Mohd Zohdi, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Encik Azmee bin Omar, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan & Pelupusan) , ketua-ketua unit dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua jabatan-jabatan berkaitan , seluruh warga kerja Majlis Daerah Pendang serta Pejabat Daerah dan Tanah Pendang yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarah dan bermakna ini.