MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMBEBASAN KLIEN/PENGHUNI DI PUSPEN SERDANG, BANDAR BAHARU, KEDAH.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMBEBASAN KLIEN/PENGHUNI DI PUSPEN SERDANG, BANDAR BAHARU, KEDAH.

BANDAR BAHARU-7 Januari 2021 (Khamis)
Majlis Penyampaian Watikah Pembebasan Klien / Penghuni di PUSPEN Serdang, Bandar Baharu, Kedah.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar sejurus tiba di PUSPEN, Serdang.
Seramai 13 orang klien PUSPEN menerima Watikah Pembebasan pada hari ini yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.
Setelah selesai majlis penyampaian watikah, semua dif-dif jemputan dan para warga kerja PUSPEN Serdang serta semua klien menyertai Solat Dhuha berjemaah di Surau PUSPEN dan disusuli dgn persembahan qasidah oleh para klien PUSPEN Serdang.
Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh Al Fadhil Ustaz Rohaizat bin Hj Jaafar, Ahli Majlis MDBB yang juga Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Bandar Baharu.
Didoakan semoga semua 13 orang klien PUSPEN Serdang yang dibebaskan pada hari ini dapat memulakan lembaran kehidupan baru sempena Tahun Baru 2021.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang