SIARAN LANGSUNG MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH BERSAMA YBAB MENTERI BESAR KEDAH DAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

SIARAN LANGSUNG MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH BERSAMA YBAB MENTERI BESAR KEDAH DAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

BANDAR BAHARU-7 Januari 2021 (Khamis)
Siaran Langsung Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah bersama YAB Menteri Besar Kedah dan Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.
Para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu berkesempatan menyaksikan siaran langsung majlis tersebut yang dipancarkan secara langsung di FB Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Dalam ucapannya, YAB Menteri Besar Kedah menzahirkan rasa terima kasih kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berusaha menangani virus Covid-19.
Seterusnya, beliau melancarkan Kempen Norma Baharu Peringkat Negeri Kedah dan mengetuai lafaz ikrar norma baharu.
Turut dinobatkan ikon norma baharu Negeri Kedah Darul Aman, Saudara Baddrol bin Bakhtiar yang merupakan Kapten Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah Darul Aman.
YAB Menteri Besar Kedah turut menyampaikan sumbangan bantuan berjumlah RM5000 kepada setiap daerah bagi kempen pembudayaan norma baharu.
Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) telah hadir mewakili Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu menerima sumbangan bantuan berkenaan dari YAB Menteri Besar dalam majlis tersebut.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang