MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH BANTUAN ZAKAT

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH BANTUAN ZAKAT

PENDANG 14 SEPTEMBER  – 2 buah keluarga di Mukim Ayer Puteh hari ini telah menerima kunci rumah baharu yang dibina menerusi Pejabat Zakat Daerah Pendang. Tuan Pegawai Daerah Pendang, Tuan Ilias Bin Shuib telah menyerahkan kunci rumah tersebut kepada Encik Azmi bin Jaafar dari Kg. Tempoyak dan Encik Mutalib bin Yaacob dari Kg. Kubang Kuar. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Zakat Daerah Pendang, Penghulu Mukim Ayer Puteh dan beberapa AJK yang terlibat.