PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PDTKP 1442H

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PDTKP 1442H

Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Program Gotong-royong Memasak Bubur Asyura 1442H. Program tersebut diadakan pada tanggal 03 September 2020 (Khamis) bermula pada jam 8.30 pagi. Semua kakitangan telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.