Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Secara Sewa-Untuk-Milik(RTO) Program Perumahan Rakyat PPR anggerik Lestari , Kuah Langkawi

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Secara Sewa-Untuk-Milik(RTO) Program Perumahan Rakyat PPR anggerik Lestari , Kuah Langkawi

06 Mac 2023 (Isnin):
Telah berlangsung sesi pendaftaran bagi Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Secara Sewa-Untuk-Milik(RTO) Program Perumahan Rakyat PPR anggerik Lestari , Kuah.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir YBhg. Datuk MNoor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, YBhg. Datuk Seri Haji Mohd Nazri Bin Md Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, YB Dr. Robert Ling Kui Ee, Exco Perumahan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkifli Bin Abdullah, mewakili Pegawai Daerah Langkawi dan ketua-ketua jabatan lain yang telah dijemput.
seramai 445 orang penerima telah menerima surat tawaran bagi PPR Kuah dan 422 orang penerima bagi PPR Ulu Melaka. Majlis cabutan undi unit akan diadakan pada 21 Mac 2023 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan LADA.