PROGRAM FREE MARKET 2.0 MUKIM SUNGAI KECHIL, BANDAR BAHARU.

PROGRAM FREE MARKET 2.0 MUKIM SUNGAI KECHIL, BANDAR BAHARU.

5 MAC 2023 (AHAD)

Program Free Market 2.0 telah diadakan di perkarangan Pejabat Penghulu Sg Kechil Ilir dan Perpustakaan Desa Kg Belakang Pekan. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Penghulu Sg Kechil Ilir, Perpustakaan Desa Kg Belakang Pekan, NGO Skuad Jom Bantu dan Penduduk Sg Kechil ilir

Program ini dirasmikan oleh Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan turut diiringi Encik Abdullah Sadiq Bin Mohd Nasir Penghulu Mukim Sungai Kechil Ilir.

Turut menyertai program ini

– Kolej Komuniti Bandar Baharu
– Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu
– AADK
– Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu
– Majlis Daerah Bandar baharu
– Polis daerah bandar baharu
– Bomba Daerah Bandar Baharu
– PLUS Bandar Cassia

Antara program yang diadakan ialah Senamrobik/Zumba, pemberian pakaian terpakai secara percuma, pameran dari agensi Bomba dan Polis, pemeriksaan kesihatan dan pemberian makanan asas harian.