MAJLIS SAMBUTAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA
KUALA MUDA, 04 Oktober 2025 (Sabtu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah menyempurnakan Majlis Sambutan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Daerah Kuala Muda yang diadakan di Perkarangan Masjid Al-Muhajirin Taman Bandar Baru Sungai Lalang Kedah Darul Aman.
Majlis ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam program kesihatan kesejahteraan kendiri serta memupuk kerjasama antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti dalam menjayakan inisiatif kesihatan peringkat daerah.
Selain itu juga, ia menyemarakkan semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera serta menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat secara menyeluruh melalui pendekatan turun padang.


