MAJLIS SEKALUNG BUDI SETULUS INGATAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS SEKALUNG BUDI SETULUS INGATAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM

 

Majlis Sekalung Budi Setulus Ingatan sempena Persaraan Wajib Pegawai Daerah Kulim Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Ramli yang bermula pada 05 Julai 2025 setelah 30 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah majlis berkenaan diadakan Dewan Bandaran Kulim.

Beliau yang lahir pada 06 Julai 1965 di Padang Matsirat Langkawi lulusan Sarjana pengurusan Awam dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia dengan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada tahun 1995 sebagai Penolong Pegawai Tanah II di Pejabat Tanah Kuala Muda, Sungai Petani Kedah.
Antara Jabatan yang pernah beliau berkhidmat Pejabat Daerah Langkawi,Pejabat Tanah Kota Setar,Pejabat Kewangan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Kulim Pejabat Daerah Baling,Pejabat Daerah Sik, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah,Universiti Islam Antarabangsa Sultan abdul Halim Muadzam shah (UniSHAMS) dan pelbagai Jabatan lagi. Pada 09 Oktober 2023 beliau telah memulakan khidmat sebagai Pegawai Daerah Kulim dan bakal bersara wajib disini pada 06 Julai 2025.
Turut hadir Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech Puan Sunita binti Abdul Aziz, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Encik Iman Hazwan bin Abdul Halim,Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Encik Muhammad Nur Ihsan bin Yahaya serta Pegawai-pegawai Kanan Daerah, Ketua-ketua Jabatatan Para Imam Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Wakil -wakil Ahli Yang Berhormat dan seluruh Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.

 

advanced-floating-content-close-btn