Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021

Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021

BANDAR BAHARU – 17 Januari 2021 (Ahad)

Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang Kedah telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu.
Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2020, pelantikan AJK dan Biro bagi penggal tahun 2021-2022, pembentangan laporan aktiviti tahun 2020 dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA.
Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua AJK, Biro-biro dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2020 lalu. Beliau turut mengingatkan semua ahli untuk mengamalkan pembudayaan norma baharu dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
Selain itu, beliau turut berharap agar PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu sentiasa memperkukuhkan kerjasama teguh sesama ahli dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang diadakan pada tahun 2021 ini dan tahun-tahun mendatang.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan dan komitmen tinggi yang diberikan oleh semua ahli yang sentiasa sama-sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun 2020 lalu.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK dan Biro bagi penggal tahun 2019-2020 atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar masih dapat bersama-sama mengembleng tenaga dan menyumbang idea dalam mencapai visi, misi dan objektif persatuan. Beliau turut berharap AJK dan Biro yang akan dilantik bagi tempoh 2021-2022 juga dapat bersama-sama memberikan kerjasama penuh dan komitmen tinggi dalam memastikan kelancaran semua program dan aktiviti PUSPANITA .
Tahniah dan terima kasih untuk seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu.
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu