Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group dan Pembasmian Kemiskinan Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021.

Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group dan Pembasmian Kemiskinan Daerah Bandar Baharu Bil. 1/2021.

BANDAR BAHARU – 27 Januari 2021 (Rabu)

Mesyuarat diadakan secara dalam talian / maya selaras dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai 22 Januari hingga 04 Februari 2021 dan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Turut serta dalam mesyuarat ini ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), wakil Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Ketua-ketua / wakil Jabatan / Agensi dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
Ahli-ahli mesyuarat diberikan taklimat oleh Pengurus PERKESO Cawangan Kulim berhubung program subsidi dan insentif kerajaan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah Program Subsidi Upah, Penjana Kerjaya, Penjana GIG, SPS LINDUNG dan SIP PRIHATIN.
Taklimat juga dibentangkan oleh Giat Mara Kulim / Bandar Baharu berhubung perlaksanaan PRE PRIHATIN fasa 2 Tahun 2020 untuk Peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kenenterian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Selain itu, Mesyuarat turut mengambil maklum dan memperakukan Laporan Permohonan eKasih dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibentangkan oleh Penghulu-penghulu Mukim, pembentangan laporan program – program jabatan / agensi dan status pelaksanaan projek – projek pembinaan dan pembaikian rumah kepada para penerima bantuan yang layak dalam Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat turut mengambil Laporan Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 6 Tahun 2020 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) melibatkan 21 buah rumah yang telah selesai dilaksanakan (1 rumah RM13,000) melibatkan kos RM273,000 yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB).
Tuan Pengerusi turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada YB Dato ADUN Bandar Baharu, semua ketua jabatan/ wakil serta urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Daerah Bandar Baharu kerana berjaya memenuhi KPI ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat sebanyak 6 kali sepanjang tahun 2020 yang lalu.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang