MESYUARAT JAWANTANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) DAERAH KULIM BILANGAN 11 TAHUN 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 24 November 2026 – Pegawai Daerah Kulim mempengerusikan, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD), Daerah Kulim, Bilangan 11, Tahun 2026, pada jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah, wakil YB Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu, wakil YB ADUN Merbau Pulas, wakil YB ADUN Kulim, YB ADUN Lunas, para Ketua Jabatan di peringkat, MPKK, PBT Hi Tech Kulim, PDRM, JKR, JPS, JKM, PKD dan Agensi – Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Peringkat Daerah Kulim yang lain.Alhamdulillah mesyuarat yang diadakan pada hari ini berlangsung dengan lancar dan sempurna. Semoga apa yang diputuskan pada hari ini dapat memastikan pembangunan berimpak tinggi tercapai untuk seluruh masyarakat di Daerah Kulim dan juga sebagai platform penting bagi menyokong agenda Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan daerah yang mampan. Semoga dipermudahkan segala urusan.






Views Today : 1655
Total views : 4808295



