Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Pengurusan Darurat dan Pandemik Covid-19 Bil 1 Tahun 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Pengurusan Darurat dan Pandemik Covid-19 Bil 1 Tahun 2021

BANDAR BAHARU – 28 Februari 2021 (Ahad)

Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Daerah serta jabatan /agensi berkaitan yang bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Daerah Bandar Baharu diwakili oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.
Mesyuarat dimulakan dengan perutusan oleh YAB Menteri Besar Kedah selaku pengerusi mesyuarat.
Mesyuarat diteruskan dengan Taklimat Perancangan Pengurusan Covid Immunisation Task Force (CITF) & Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah .
Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan Taklimat Perancangan Vaksinasi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah serta sessi perbincangan bersama jabatan / agensi dan diakhiri dengan agenda hal-hal lain.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyaksikan secara langsung YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Negeri Kedah Darul Aman sejurus selesai mesyuarat yang diadakan di Lobi Aras Bawah, Blok E, Wisma Darul Aman yang turut disiarkan secara lintas langsung dalam segmen Berita Wilayah di TV1. Bersama-sama ini disertakan link siaran langsung berkenaan: https://m.youtube.com/watch?v=rojXPH8-FsE&feature=youtu.be
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang