Majlis Cabutan Kerja Undi Online Tahun 2021 bagi Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman

Majlis Cabutan Kerja Undi Online Tahun 2021 bagi Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman

BANDAR BAHARU – 1 Mac 2021 (Isnin)

Majlis Cabutan Kerja Undi Online Tahun 2021 bagi Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman berlangsung di Dewan Perbendaharaan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Aras 3,Blok E, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Proses cabutan undi disempurnakan oleh YB Dato’ Suraya binti Yaacob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK, Ir Mohamad Safwan bin Puteh @ Shaari, Jurutera Daerah JKR Kulim/Bandar Baharu dan Cik Hayati binti Bakri, Wakil Jurutera JPS Kulim/Bandar Baharu. Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Isahak Bin Murat Pegawai Kewangan Negeri Kedah.
Keseluruhan projek bagi Daerah Bandar Baharu adalah sebanyak 33 projek dengan peruntukan sebanyak RM3,146, 768.20.
Sebanyak 15 projek di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu bernilai
RM 1, 500,000.00, 11 projek di bawah seliaan JKR Kulim / Bandar Baharu bernilai RM1,152,500.00 manakala terdapat 7 projek di bawah seliaan JPS Kulim / Bandar Baharu bernilai RM 494,268.20.
Keseluruhan jumlah kontraktor yang berdaftar ialah 103 kontraktor. Seramai 100 kontraktor layak menyertai cabutan undi manakala 3 kontraktor tidak layak menyertai proses cabutan undi disebabkan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya dan terpilih memperoleh dan melaksanakan projek-projek tersebut dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam proses cabutan undi terutamanya urusetia dari Pejabat Kewangan Negeri Kedah dan Unit Pembangunan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang