Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu (JPBD) Bil. 1/2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu (JPBD) Bil. 1/2020.

BANDAR BAHARU-26 NOVEMBER 2020 (KHAMIS)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada jam 9.00 pg bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat mengambil maklum pembentangan laporan bencana di Daerah Bandar Baharu sepanjang tahun 2020 oleh Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim / Bandar Baharu.
Turut dibentangkan berkenaan laporan post mortem punca banjir yang berlaku dalam Daerah Bandar Baharu oleh wakil JPS Kulim / Bandar Baharu.
Ahli-ahli turut membincangkan penyediaan anggaran perbelanjaan operasi bencana dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) tahun 2020 / 2021.
Antara yang hadir dalam mesyuarat ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pegawai APM Daerah Kulim / Bandar Baharu, Pegawai JKM Daerah Bandar Baharu, wakil Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Penghulu-penghulu Mukim dan lain-lain Ketua / wakil Jabatan berkaitan dalam Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang