Majlis Perjumpaan dan Sesi Dialog Pegawai Daerah Bandar Baharu Bersama Imam dan Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman Bil.2 /2020.

Majlis Perjumpaan dan Sesi Dialog Pegawai Daerah Bandar Baharu Bersama Imam dan Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman Bil.2 /2020.

BANDAR BAHARU-25 NOVEMBER 2020 (RABU)
Majlis dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu berkenaan perlaksanaan projek-projek pembaikan Masjid Al Fateh dan Masjid Al Irshad serta dua buah surau di Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat sebulat suara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato Pegawai Kewangan Negeri Kedah atas kelulusan peruntukan khas untuk membaiki dan menaiktaraf Masjid Al Irshad tersebut dan kepada YBhg Dato Timbalan SUK (Pembangunan) BPEN atas kelulusan peruntukan bagi menaiktaraf Surau Al Faizin di Kampung Permatang Simpor, Mukim Bagan Samak dan Surau Kampung Rantau Panjang, Mukim Sungai Batu.
Seterusnya, beliau turut membentangkan laporan berkenaan Program Bantuan / Sumbangan yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat YB ADUN Bandar Baharu dan JKM Bandar Baharu.
Turut serta dalam majlis dan sesi dialog berkenaan ialah wakil YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, wakil Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu, wakil Jurutera Daerah Kulim / Bandar Baharu dan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu.
Beberapa isu dibincangkan termasuklah pematuhan SOP Covid-19, keselamatan komuniti, kemudahan infrastruktur dan permohonan bantuan bina / baik pulih rumah kepada yang memerlukan.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang