Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman Bil. 1/2021

Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman Bil. 1/2021

BANDAR BAHARU – 24 Februari 2021 (Rabu)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Ketua-ketua Unit Pentadbiran Tanah, wakil-wakil jabatan teknikal berkaitan dan Penghulu-penghulu Mukim.
Mesyuarat membincangkan 7 Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Tanah Pertanian yang tidak melebihi 10 ekar/ 4.046 hektar yang melibatkan mukim Serdang, Bagan Samak, dan Sungai Batu.
Keseluruhan 5 permohonan telah diluluskan dan 2 permohonan ditangguhkan kelulusan untuk semakan semula bersama jabatan teknikal berkaitan.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang