Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu (JTPD) Kedah Darul Aman Bil. 2/2021.

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu (JTPD) Kedah Darul Aman Bil. 2/2021.

BANDAR BAHARU – 24 Februari 2021 (Rabu)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Ahli-ahli mesyuarat diberikan taklimat khas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan Taklimat Pelaksanaan Pemerkasaan Komuniti (Fungsi dan Peranan Aset Basmi Covid-19 (ABC) oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu.
Selain itu, mesyuarat membincangkan berkaitan laporan status pelaksanaan projek pembangunan fizikal dan infrastruktur oleh jabatan-jabatan yang terlibat dalam Daerah Bandar Baharu.
Turut dibentangkan berkenaan Laporan Program & Aktiviti Keselamatan /Kesihatan / Alam Sekitar serta Laporan Projek Ekonomi, Aktiviti Sosial dan Pendidikan.
Turut serta dalam Mesyuarat ini ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua-ketua / wakil Jabatan / Agensi di Daerah Bandar Baharu dan semua Penghulu Mukim.
Mesyuarat diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata Kenangan kepada Tuan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, Tuan Syeikh Alwi Bin Haji Othman, BCK yang akan bertukar ke Pejabat Agama Daerah Yan mulai 1 Mac 2021 setelah berkhidmat dari 02 Februari 2020 – 28 Februari 2021 di Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu.
Selain itu, Majlis diteruskan dengan Penyampaian Peralatan Sanitasi Covid-19 sumbangan YB Dato’ ADUN Bandar Baharu kepada Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan wakil Majlis Daerah Bandar Baharu.
Manakala poster dan beberapa bahan bacaan termasuklah berkaitan Proklamasi Darurat, Belanjawan 2021 dan Jalur Gemilang turut diedarkan oleh Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu kepada semua ahli-ahli mesyuarat.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang