MESYUARAT JAWATANKUASA TANAH DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN BIL.2/2020

MESYUARAT JAWATANKUASA TANAH DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN BIL.2/2020

BANDAR BAHARU-24 Disember 2020 (Khamis)
Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman Bil. 2/2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Ketua-ketua Unit Pentadbiran Tanah, dan Penghulu-penghulu Mukim.
Mesyuarat membincangkan 17 Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Tanah Pertanian yang tidak melebihi 10 ekar/ 4.046 hektar yang melibatkan mukim Serdang, Bagan Samak, Relau dan Sungai Batu.
Keseluruhan 15 permohonan telah diluluskan dan 2 permohonan telah dtolak kerana syarat guna tanah sedia ada tidak mematuhi kriteria syarat yang dipohon.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang