SESI PERJUMPAAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU BERSAMA 3 ORANG KAKITANGAN (LANTIKAN BAHARU) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

SESI PERJUMPAAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU BERSAMA 3 ORANG KAKITANGAN (LANTIKAN BAHARU) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU-6 Januari 2021 (Rabu)
Sesi Perjumpaan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama 3 orang Kakitangan (Lantikan Baharu) Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu telah menerima 2 orang Penghantar Notis iaitu Encik Mohamad Nor Afendi Bin Bahari dan Encik Abdul Aziz Bin Taib yang ditempatkan di Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu dan seorang Pembantu Operasi, Encik Muhammad Tharmizi bin Mat Tahir yang ditempatkan di Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Kesemua mereka telah hadir melapor diri dan menghadiri sesi suai kenal bersama Tuan Pegawai Daerah.
Mereka juga turut mendengar amanat ringkas oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu serta menandatangani surat Aku Janji sebagai Penjawat Awam.
Selamat datang diucapkan dan semoga berkhidmat dengan penuh komitmen tinggi dan integriti serta melaksanakan amanah yang diberikan dengan cemerlang untuk Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang