Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Asas Tani Daerah Bandar Baharu Bil. 3/2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Asas Tani Daerah Bandar Baharu Bil. 3/2020.

BANDAR BAHARU-24 NOVEMBER 2020 (SELASA)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Pejabat Pertanian Daerah Bandar Baharu merupakan urusetia Mesyuarat Jawatankuasa ini.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan laporan program pembangunan dan industri asas tani oleh Pejabat Perikanan Daerah Bandar Baharu dan FAMA Daerah Kulim/Bandar Baharu.
Mesyuarat turut bersetuju untuk merancang dan melaksanakan beberapa program dan projek bagi tahun 2021 khususnya dalam meningkatkan pendapatan usahawan tani di Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua-ketua /wakil Jabatan /agensi berkaitan pertanian dan industri asas tani Daerah Bandar Baharu serta semua Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang