Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Bandar Baharu Bil. 5/2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Bandar Baharu Bil. 5/2020.

BANDAR BAHARU-24 NOVEMBER 2020 (SELASA)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah YB Dato’ ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua-ketua/ wakil Jabatan dan kesemua Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
Beberapa laporan telah dibentangkan dalam mesyuarat ini termasuklah Program EMPOWERNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan oleh NCIA dan Laporan Pelaksanaan Bantuan PPRT Baik Pulih dan Bina Baru oleh KEDA Zon 9 Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat turut memperakui Senarai Permohonan e-Kasih oleh Penghulu-penghulu Mukim dan Senarai Permohonan Baik Pulih Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) KPKT oleh MDBB.
Mesyuarat turut mengambil maklum berkenaan status pelaksanaan program dan pemberian bantuan-bantuan oleh JKM Daerah Bandar Baharu, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu serta Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat juga bersetuju agar Program Jelajah i-Suri bersama KWSP Cawangan Kulim dilaksanakan pada bulan Disember ini melibatkan Mukim Bagan Samak, Relau & Sungai Kechil Ilir serta Selama & Sungai Batu dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page :https://www.facebook.com/pdtbbserdang