Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Bandar Baharu Bilangan 1 Tahun 2021

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Bandar Baharu Bilangan 1 Tahun 2021

Bandar Baharu – 25 APRIL 2021 (AHAD)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat dimulakan dengan perutusan pengerusi dan diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat MTMD Bil. 02/2020 dan laporan maklum balas.
Ia disusuli dengan pembentangan kertas pertimbangan yang bertajuk Pemerkasaan Kempen Antidadah Di Sempadan Daerah Bandar Baharu Melalui Paparan Mesej Antidadah (Papantanda) oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu.
Empat lokasi yang dicadangkan ialah di sempadan Kulim (Kedah), sempadan Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), sempadan Larut, Matang dan Selama (Perak) dan sempadan Krian (Perak).
Turut dibentangkan ialah kertas makluman bertajuk PUSPEN Seri Iskandar, Perak – Pusat Pemulihan Khas yang memberikan perkhidmatan merawat pulih penyalahguna dan penagih dadah secara sukarela di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
Konsep Perkhidmatan yang ditawarkan sebagai PELUANG KEDUA kepada individu yang bekerjaya atau yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
Kategori klien termasuklah individu yang bekerja, pelajar IPTA/IPTS dan Institut Kemahiran.
Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil jabatan termasuklah dari AADK Negeri Kedah, MDBB, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Agama Daerah, PUSPEN Serdang, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Penerangan, Pejabat Belia dan Sukan, Pejabat KEDA Zon 9 dan para Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang