Program Ihya Ramadhan 1442H / 2021 @ BB dan Solat Sunat Tarawih Bersama Ahli-Ahli Majlis MDBB & Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu

Program Ihya Ramadhan 1442H / 2021 @ BB dan Solat Sunat Tarawih Bersama Ahli-Ahli Majlis MDBB & Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu

Bandar Baharu – 24 APRIL 2021 (SABTU)

Tuan Pegawai Daerah / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK meluangkan masa menghadiri program ini di Masjid Ar Ridzuan, Kariah Chelong, Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Ketibaan Tuan Pegawai Daerah / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan isteri, Puan Amila Binti Ahmad selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu disambut oleh Tuan Imam dan barisan Ahli-ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Ar Ridzuan, Chelong.
Program dimulakan dengan Solat Isyak dan Solat Tarawih secara berjemaah. Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan aluan oleh Ustaz Mohd Baihaqi bin Mat Akhir, Imam Masjid Ar Ridzuan dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan ringkas oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu.
Dalam ucapannya, Tuan Pegawai Daerah mengingatkan semua hadirin agar sentiasa mematuhi SOP dan kepentingan menjadikan Norma Baharu sebagai amalan harian dalam memerangi pandemik Covid-19. Beliau turut berharap agar para ahli kariah sentiasa memainkan peranan masing-masing dalam komuniti dan sentiasa bekerjasama dengan Ahli-ahli Majlis MDBB, Penghulu Mukim dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Kariah Masjid Ar Ridzuan yang sudi menjadi tuan rumah untuk program Ihya Ramadhan 1442H @ BB anjuran MDBB dengan kerjasama PDTBB dan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Witir dan bacaan Surah Al Mulk secara berjemaah serta sessi bergambar bersama Ahli-ahli Majlis, para Penghulu Mukim, Tuan Imam dan kepimpinan Jawatankuasa Kariah Masjid Ar Ridzuan.
Tuan Pegawai Daerah dan para jemaah kemudiannya menikmati jamuan moreh bersama para tetamu kehormat lain termasuklah Tuan KPPD (Pembangunan) / Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, para Penghulu Mukim serta para AJK dan Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang hadir dengan memenuhi SOP dan amalan Norma Baharu yang ditetapkan.
Turut hadir bersama-sama untuk meraikan dan memeriahkan program ini ialah para Ketua Bahagian / Unit MDBB serta Timbalan Pengerusi, Penolong Setiausaha dan Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Jawatankuasa Masjid Ar Ridzuan dan ahli-ahli Kariah , para tetamu kehormat, urus setia MDBB dan PDTBB serta semua hadirin yang menyumbang dan menjayakan program Ihya Ramadhan pada hari ini.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang