Mesyuarat Penyelarasan Keberangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah

Mesyuarat Penyelarasan Keberangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah

BANDAR BAHARU – 14 Mac 2021 (Ahad)

Mesyuarat Penyelarasan Keberangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah bagi Majlis Kurniaan dan Sumbangan Bantuan Persekolahan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi 2021 Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Ahli- ahli mesyuarat membincangkan perkara – perkara berkaitan perancangan dan persediaan bagi Majlis Kurniaan dan Sumbangan Bantuan Persekolahan tersebut yang dijangka diadakan pada hari Rabu 17 Mac 2021 dan akan disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah kepada 18 orang anak-anak yatim Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua / Wakil-wakil Jabatan yang berkaitan dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan & Korporat MDBB serta urusetia PDTBB.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang