OBJEKTIF
OBJEKTIF PEJABAT DAERAH KUBANG PASU
- Merupakan pejabat utama di peringkat daerah yang berperanan ke arah kesejahteraan, keharmonian, dan ketenteraman seluruh rakyat dalam daerah kubang pasu khasnya dan di negeri dan negara ini amnya.
- Pejabat Daerah Kubang Pasu mementingkan faktor pembangunan sosio ekonomi penduduk tanpa mengutamakan keuntungan material.
- Pejabat Daerah Kubang Pasu merupakan tempat rakyat mengadu, memohon bantuan dan sosio ekonomi dan kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan keturunan.
- Pejabat Daerah Kubang Pasu juga menjadi penyelaras kepada jabatan-jabatan di peringkat daerah.
OBJEKTIF PEJABAT TANAH KUBANG PASU
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah daerah sehingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat dasar ekonomi baru.
- Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan Kerajaan Negeri.
- Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh perasaan muhibbah dan kemesraan.
- Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi.
- Mewujudkan penguatkuasaan undang-undang tanah yang cekap dan berkesan.