OBJEKTIF

OBJEKTIF

OBJEKTIF PEJABAT DAERAH KUBANG PASU

  • Merupakan pejabat utama di peringkat daerah yang berperanan ke arah kesejahteraan, keharmonian, dan ketenteraman seluruh rakyat dalam daerah kubang pasu khasnya dan di negeri dan negara ini amnya.
  • Pejabat Daerah Kubang Pasu mementingkan faktor pembangunan sosio ekonomi penduduk tanpa mengutamakan keuntungan material.
  • Pejabat Daerah Kubang Pasu merupakan tempat rakyat mengadu, memohon bantuan dan sosio ekonomi dan kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan keturunan.
  • Pejabat Daerah Kubang Pasu juga menjadi penyelaras kepada jabatan-jabatan di peringkat daerah.

 

OBJEKTIF PEJABAT TANAH KUBANG PASU

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah daerah sehingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat dasar ekonomi baru.
  • Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan Kerajaan Negeri.
  • Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh perasaan muhibbah dan kemesraan.
  • Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi.
  • Mewujudkan penguatkuasaan undang-undang tanah yang cekap dan berkesan.