OBJEKTIF

OBJEKTIF

OBJEKTIF PEJABAT DAERAH KOTA SETAR

Untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk Daerah Kota Setar dengan memberi perkhidmatan berproduktif, berkualiti dan bertanggungjawab.


OBJEKTIF PEJABAT TANAH KOTA SETAR

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di Daerah Kota Setar hingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru.
  • Meningkatkan usaha-usaha ke arah memaksimakan Kutipan Hasil Tanah sebagai sumber pendapatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
  • Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat di Daerah Kota Setar dengan penuh perasaan muhibah dan kemesraan.
  • Mempastikan dan mempertingkatkan penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi tang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi.
  • Mewujudkan penguatkuasaan undang-undang tanah yang cekap, berkesan dan dihormati.